Friday, August 13, 2010

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi berpeluang untuk meneruskan ibadat puasa untuk hari ke tiga insya'Allah. Bulan Ramadhan merupakan bulan pernuh keberkatan. Bulan yang ditunggu-tunggu olah umat Islam yang beriman dan bertakwa. Sewajarnya kita perlu menyambut tetamu paling mulia dan agung ini dengan persedian diri yang mencukup Insya'Allah.
AHLAN YA RAMADHAN

Saturday, May 15, 2010

Teratak ini dah penuh sesawang, Kepada semua yang bergelar "Pendidik" saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Kita adalah insan yang terpilih.....

Friday, January 08, 2010

Rumah Ku....Syurga Ku

Al-hamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan rezeki yang saya perolehi sehingga kini. Allah S.W.T telah memberi kesempatan kepada saya dan suami untuk memiliki sebuah rumah sendiri yang selama ini diimpikan oleh kami. Rumah teres 3 tingkat ini terletak di Sri Gombak, Batu Caves. Kami masih belum lagi tinggal di rumah baru kerana pengubahsuaian sedang berlaku. Di harapkan kami sentiasa di bawah rahmatNya...Insya'Allah.







Wednesday, December 02, 2009













Eidul Adha
Al-Hamdulillah pada Eidul Adha yang lepas dapat juga balik ke kampung. Raya pertama di rumah ibu mertua di Besut dan raya kedua di rumah ibubapa saya di Machang. Suami pula tidak dapat bercuti panjang disebabkan perlu menghadiri training....'Ala kulli hal boleh juga jengok ibubapa kat kampung betul tak? Pada hari raya kedua, majlis pertunangan adik bongsu saya dengan gadis pilihannya....jom layan gambar di atas......

Wednesday, November 25, 2009



Salam Ukhuwwah

Al-hamdulillah semalam telah berlangsungnya Majlis Konvekesyen j-QAF kali ke-4 di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Saya menerima diploma pendidikan pada sidang ke dua pada sebelah petang. Hanya suami sahaja yang menghadiri konvokesyen itu disebabkan Eidul Adha yang semakin hampir dan tiket flight habis untuk balik ke Kelantan. Oleh sebab itu, ibubapa saya tak dapat datang.....disebabkan my father tak boleh naik bas boleh naik flight je huhuhu.....Tp takpe yang peting doa mereka sentiasa kepada anak-anak...love u ma & ayah.

Wednesday, November 04, 2009

Bicaraku..


Al-hamdulillah masih lagi mempunyai kesempatan dan kelapangan untuk mencoret sesuatu di sini.....Hari-hari yang sangat sibuk dengan aktiviti sekolah dan jabatan.....masih lagi mampu bertahan walaupun kadang kala terasa tekanannya

sirih junjung hasil keras tanganku hehehe.....sape nak tempah

Proses membuat sirih junjung....tak pernah buat pun sebelum ni

Menyampaikan ceramah Akil Baligh


Peserta Kursus Akil Baligh

Nota sebagai rujukan

Sempat lagi posing....hehehe



Wednesday, October 28, 2009

SELAMAT HARI LAHIR.......UNTUK DIRIKU



Al-hamdulillah pada hari ni saya berkesempatan untuk meraikan hari lahir saya yang ke....? Al-hamdulillah Allah masih panjangkan usia saya sampai ke saat ini.....

2 hari sebelum ini, saya dikejutkan dengan pemergian datuk saya di kg kembali kepadaNYa....kami memanggilnya dengan Ayah Wo.....begitulah kehidupan kita sampai saat dan tika itu.....kita jua akan merasainya....Al-Fatihah untuknya.......